Friday 28 September 2012

Lagu Formula Matematik (luas x tinggi x lebar)

Lagu Formula

Bagi sebilangan pelajar, menghafal dan mengingat sesuatu formula adalah perkara yang agak sukar. Namun, kajian mendapati, sekiranya ia di "muzikkan" atau di "lagukan" kebarangkalian untuk menghafal adalah tinggi. Di sini dikongsikan link untuk para pelajar mengingat formula matematik dengan lagu. Terima kasih buat "naimah123" diatas ilmu yang dikongsikan. http://www.youtube.com/watch?v=NEDpWng6nZI&feature=related

Wednesday 26 September 2012

MATEMATIK TAHUN 2

MATAPELAJARAN MATEMATIK
TAHUN    :   2 
MASA      :   30 MINIT
BIDANG  :   NOMBOR DAN OPERASI.
TOPIK      :   PECAHAN.
STANDARD
KANDUNGAN      :   6.1 Murid Dibimbing Untuk Menamakan Pecahan Wajar.
STANDARD
PEMBELAJARAN :   Murid Berupaya Untuk:-
6.1 (iii) Menamakan Pecahan Wajar yang pengangkanya hingga 9 dan penyebutnya 10.
6.1 (iv) Melorek gambarajah mengikut pecahan diberi.

AKTIVITI:-
Set Induksi - Guru menunjukkan sekeping pizza kepada murid-murid. Guru mengambil pisau dan membelah pizza tersebut menjadi dua bahagian yang sama besar. Guru menunjukkan separuh bahagian pizza kepada kelas dan menyatakan bahagian tersebut ialah satu perdua. Guru membelah lagi menjadi empat bahagian dan minta murid menyatakan pecahan tersebut. Ulang aktiviti tersebut dengan membelah menjadi lapan bahagian dan minta murid menamakan pecahan tersebut.

Perkembangan:
Langkah 1 - Guru mengedarkan kertas warna berbentuk bulatan kepada murid-murid. Mereka diminta melipat kertas tersebut menjadi dua bahagian dan melorek satu bahagian. Murid diminta menamakan bahagian yang dilorek (1/2) dan menuliskan pecahan tersebut pada bahagian yang dilorek tadi. Ulang aktiviti dengan bentuk pecahan yang lain seperti 1/3, 1/4, 1/5, 1/6, 1/7, 1/8, 1/9 dan 1/10. Murid menampal kertas pecahan tadi ke dalam buku tulis/latihan mengikut turutan pecahan terbesar sehingga pecahan terkecil.

Langkah 2 - Guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan kecil (5-6 orang). Guru mengedarkan lembaran kerja dan murid menjawab secara dalam kumpulan. Murid diminta melorek dan menamakan gambarajah yang disediakan. Murid Perdana bertindak sebagai Pembimbing Rakan Sebaya dalam kumpulan masing-masing.

Langkah 3 - Guru menilai Standard Prestasi murid dengan mengedarkan lembaran kerja:
B2D3E1- Menyatakan pecahan wajar yang pengangkanya satu hingga sembilan dan penyebutnya hingga 10.
B3D3E1- Melorek dan menulis pecahan wajar yang pengangkanya hingga 9 dan penyebutnya hingga 10.

Penutup - Murid-murid menyanyikan lagu "Pecahan" bersama-sama.




Sunday 23 September 2012

Pengenalan Blog

Alhamdulillah, kini dengan izin Allah, akhirnya impian untuk memiliki blog sendiri telah pun dicapai. bermula dengan hanya impian kini ia menjadi kenyataan. Dengan status sebagai seorang guru matematik di sekolah rendah, tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada 5 orang cahayamata, amatlah sukar untukku duduk mengadap di depan komputer ni semata-mata. Namun dengan pertambahan status sebagai seorang pelajar di universiti Pendidikan Sultan Idris, maka persepsi itu telah berubah. Maka akan kugagahkan jua diri ini. Bagi melengkapkan syarat kursus yang meminta setiap pelajar mempunyai blog untuk melengkapkan syarat kursus, akhirnya dapat dirasakan bahawa mewujudkan blog ini juga penting bagiku. Bukan sekadar bertujuan melengkapkan syarat kursus sahaja.  Akhirnya ia membuatkan ku tekad untuk meneruskan berblog ini bukan setakat memenuhi syratat kursus sahaja namun akan kuteruskan sampai bila-bila yang terdaya kerana bagiku ia berfungsi sebagai salah satu alat bantuan mengajar dan penyebaran ilmu. Kudapati bahawa ia amat berguna untukku berinteraksi dengan ibu bapa pelajar malah pelajar sendiri telah maju kedepan dengan menggunakan ict sebagai salah satu alat bantuan belajar.  Maka, blog ini diwujudkan untuk turut berkongsi ilmu diantara guru-guru, para pelajar dan juga ibubapa . Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Insyaallah.