Wednesday 26 September 2012

MATEMATIK TAHUN 2

MATAPELAJARAN MATEMATIK
TAHUN    :   2 
MASA      :   30 MINIT
BIDANG  :   NOMBOR DAN OPERASI.
TOPIK      :   PECAHAN.
STANDARD
KANDUNGAN      :   6.1 Murid Dibimbing Untuk Menamakan Pecahan Wajar.
STANDARD
PEMBELAJARAN :   Murid Berupaya Untuk:-
6.1 (iii) Menamakan Pecahan Wajar yang pengangkanya hingga 9 dan penyebutnya 10.
6.1 (iv) Melorek gambarajah mengikut pecahan diberi.

AKTIVITI:-
Set Induksi - Guru menunjukkan sekeping pizza kepada murid-murid. Guru mengambil pisau dan membelah pizza tersebut menjadi dua bahagian yang sama besar. Guru menunjukkan separuh bahagian pizza kepada kelas dan menyatakan bahagian tersebut ialah satu perdua. Guru membelah lagi menjadi empat bahagian dan minta murid menyatakan pecahan tersebut. Ulang aktiviti tersebut dengan membelah menjadi lapan bahagian dan minta murid menamakan pecahan tersebut.

Perkembangan:
Langkah 1 - Guru mengedarkan kertas warna berbentuk bulatan kepada murid-murid. Mereka diminta melipat kertas tersebut menjadi dua bahagian dan melorek satu bahagian. Murid diminta menamakan bahagian yang dilorek (1/2) dan menuliskan pecahan tersebut pada bahagian yang dilorek tadi. Ulang aktiviti dengan bentuk pecahan yang lain seperti 1/3, 1/4, 1/5, 1/6, 1/7, 1/8, 1/9 dan 1/10. Murid menampal kertas pecahan tadi ke dalam buku tulis/latihan mengikut turutan pecahan terbesar sehingga pecahan terkecil.

Langkah 2 - Guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan kecil (5-6 orang). Guru mengedarkan lembaran kerja dan murid menjawab secara dalam kumpulan. Murid diminta melorek dan menamakan gambarajah yang disediakan. Murid Perdana bertindak sebagai Pembimbing Rakan Sebaya dalam kumpulan masing-masing.

Langkah 3 - Guru menilai Standard Prestasi murid dengan mengedarkan lembaran kerja:
B2D3E1- Menyatakan pecahan wajar yang pengangkanya satu hingga sembilan dan penyebutnya hingga 10.
B3D3E1- Melorek dan menulis pecahan wajar yang pengangkanya hingga 9 dan penyebutnya hingga 10.

Penutup - Murid-murid menyanyikan lagu "Pecahan" bersama-sama.




1 comment: